Islamic Widget

Rabu, 7 September 2011

Lamanya aku tak singgah di sini...

Menyusuri dunia internet? Agak lama Wak tidak bertandang di blog ini. Kalau nak dikatakan sibuk, tak lah sibuk sangat tapi berkenderaankan broadband meletihkan..menunggu dan menunggu. Terlalu perlahan... Tapi kini Wak diberi peluang oleh Allah Ta'ala memecut dengan streamyx... 2MB... bolehlah walau tak selaju kereta F1.
Oleh kerana Wak ni dah selalu berada di lebuhraya ini, bila sesekali tersalah lorong, ingin saya memecut sepuas hati. So kiranya ada silap dan kekurangan Wak minta maaf banyak2.

Wak juga mohon bantuan, kalau signboard, apa-apa arahan yang melanggar adap dan pantang larang, tolong perbetulkan. Maklumlah baru nak bermula sekali lagi....

Antara orang tersayang....ibu. Biarpun sudah lama meninggalkan Wak tapi tetap segar kasih sayang ini untuk Ibu dan Abah. Dia selalu di hati Wak. Moga mereka ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Amin! Meskipun ibu sendiri dah tak ada tapi ibu mertua masih ada....
Senyumnya menyatakan gembira perasaan bersama anak cucu....
Wak juga terpenjara dengan kasih sayang anak2... biarpun kadang2 mereka tidak pernah perasan Wak amat menyayangi pewaris darah daging Wak ni...


Setuju ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan