Islamic Widget

Khamis, 24 November 2011

UPSR 2011, diumumkan 17 Nov..

Analisa Keseluruhan.. SK Bukit Panau
1.   Peratus Lulus Semua Mata Pelajaran           95.29%                No 1 PPDTM
2.   Gred Purata Sekolah(GPS)                           1.43                   No 1 PPDTM/No 6 Kelantan
3.  Lonjakan Kecemerlangan Peratus 5A           10.72%                No 4 PPDTM
4.  Peratus 5A Keseluruhan                               32.94%                No 1 PPDTM
5. Bilangan 5A Keseluruhan                               28 orang daripada 85 orang murid.

Alhamdulillah, berbanyak syukur kehadrat Allah snw. Sesungguhnya rezeki ini satu keberkatan untuk SKBP dan semua warganya. InsyaAllah sekali lagi SKBP akan dianugerahkan sekolah "BAiTH" atau "New Deal" untuk 2011. Meskipun "duit" New Deal 2010 belum cikgu2 dan kakitangan terima tapi KEW 8 sudah menyusur ke unit kewangan PPD. Bulan Dis ni, insyaAllah semua akan dapat bonus tahunan dan "duit" New Deal tu. Wow! banyaklah gaji bulan dis ni untuk warga SKBP. Kecuali Wak dan Cg Nassir. Kesian Wak dan....

Tahun 2012 menyusul datang, dan sekali lagi kita akan dokong capaian cemerlang untuk tahun ketiga berturut-turut dan seterusnya kearah sekolah kluster dan SBT. Almaklum kita ni sekolah luar bandar aje. Tapi peranan guru2, kakitangan sokongan, murid-murid dan ibubapa(PIBG) sangat2 dihargai. 2012 kita cuba buat yang terbaik sekali lagi biar sudah ramai guru2 SKBP ditarik ke PPD dan pindah naik pangkat ke tempat lain. Tapi dengan tenaga yang ada, marilah kita terus usaha untuk capai kecemerlangan. Begitu juga dibidang lain seperti Anugerah Lestari dari JAS. Semoga tahun depan kita dapat anugerah peringkat kebangsaan pulak. Amin!