Islamic Widget

Jumaat, 3 Ogos 2012

TERHAKIS

                                     
 Pengurusan Jenazah? Persoalan dulu dan sekarang. Masa aku kecikl2 dulu, bila ada kematian di kampung-kampung, Pak Imam akan mengumumkan di masjid. Setelah itu orang-orang kampung dan ahli makmum masjid kampung yang mati tu keluar beramai-ramai bergotong royong membantu keluarga tersebut untuk penguburan jenazah. Menggali kubur, memandikan mayat, kapan, menurunkan mayat ke liang lahap dan sebagainya dilakukan secara gotong-royong. Sembahyang mayat sekalipun!
Persoalannya sekarang,
Gali kubur - kena bayar(kalau tak silap ratusan ringgit untuk satu kubur)
Memandikan mayat dan kapan - kena bayar
Sembahyang Jenazah - kena bayar ( duit dan makanan lagi )
Menurun kan jenazah ke kubur - bayar lagi(siap ada barangan seperti kain pelikat lagi)
Talkinkan semati - bayar lagi
Tahlil - Bayar dan sediakan makanan lepas tahlil lagi
Bacaan Quraan 30 juzuk - Upah lagi...
Persoalannya dulu dan sekarang, segalanya perlu modal walaupun sudah mati. Sedang semua itu fardhu kifayah. Kalau yang hidup tak lakukan, semua berdoasa. Jadi dulu semuanya dilakukan kerana tanggungjawab terhadap agama. Tapi sekarang semua itu dilakukan dengan bayaran. Mana lebih ikhlas?
Mana yang menyusahkan keluarga simati? Pelik semua orang bercakap tentang tamaddun. Tapi tamaddun dalam agama semakin terhakis..... Orang cerdik pandai, golongan beragama(bukan sahaja orang koperat) sekarang melakukan semua kewajipan dengan berbayar juga. Mungkin sudah ada syarikat yang menguruskan kewajipan ini. Bagaimana kalau keluarga simati tak berkemampuan? Letih juga berfikir....bila semua dah berubah gini. Kata P.Ramlee dalam filemnya, "hidup susah, Matipun susah" ada betulnya...