Islamic Widget

Sabtu, 5 Februari 2011

Hanya ini yang mampu terucap

Anak Cina memasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Selasih
Pasangan pengantin segak melangkah
Mara menuju mahligai kasih
 
Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itu, menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama.

Tiup serunai di atas kota
Uda memupuk bunga melati
Mula kenal kemudian bercinta
Cinta tersemai di dalam hati

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

5 Feb 2011, Saya memenuhkan jadual cuti dengan kendiri perkahwinan. Bermula di Kg Menjual, Kubang Batang, saya jenguk majlis Perkahwinan Siti Nor Baizura Bt Ahmad(anak murid masa kat SMK Kemahang). Serentak itu, adiknya Mohd Qomaruddin selikkan dengan Majlis sambut menantu. Qomar bawa isterinya dari Johor. Dua dalam satu. 
 
Hampir jumaat, saya kayuh kereta ke masjid Pasir Mas, solat Jumaat. Kejap je! 
Hampir 2.45 petang, saya dah pun sampai kat satu majlis. Majlis 3 dalam 1, majlis bercukur jambul, tahlil dan perkahwinan Su Yah pulak. Majlis ni di Kampung Signal, Bukit Panau. Tak terduga, dalam rahsia Su Yah dapat suami. Tahniah! Moga-moga akan berjangkit kat jiran dia yang satu pejabat tu. Dapat makan gulai sekali lagi. Doakan....

Hampir 3.30 petang, saya kayuh lagi kereta ke SK Bukit Panau. Di kantin SK Bukit Panau sudah menunggu Majlis Jasamu DiKenang, anjuran PIBG dan Ibu bapa murid yang dapat 5A UPSR 2010. Termenung sekejap. Ruang mana lagi yang boleh aku isi. Tapi kalau dah jadi begini, hati kawan, hati sahabat, hati ibu bapa anak murid pun perlu dijaga. Saya paksa perut menerima sedikit lagi makanan yang tak diundang. Apapun terima kasih PIBG, terima kasih ibu bapa yang prihati kat cikgu yang mengajar anak-anaknya....
Ramai juga guru yang hadir. tapi ada juga yang tak dapat hadir kerana balik kampung. Maklumlah cuti, biarpun cuti Hari Tahun Baru Cina! Sebenarnya majlis begini sudah lama patut diadakan.... tapi tak menasabah kaum guru nak minta. Tapi bila diadakan, terasa juga dihargai....terima kasih. Sekarang sudah ramai manusia yang berjaya lupakan jasa guru. Malah ada yang dah sanggup maki hamun. Tapi tak pe la, ...

Hampir 4.30 petang baru saya berkesmpatan meninggalkan majlis tu. Biarpun majlis tu belum tamat lagi. Kenapa? Kerana dalam perjalanan balik saya terpaksa sekali lagi singgah kat Majlis Perkahwinan anak sahabat pula. Anak kepada taukeh "BERKAT PERWIRA HARDWARE". Kalau fikir letih dan kenyang, memang dah tak patut saya makan lagi. Tapi hati sahabat perlu dijaga. Bukannya setiap hari begini. Jadi sekali lagi saya paksa perut saya makan. Tapi sikit je. Itupun kerana jaga hati sahabat. Di sini sekejap aje. 

Hampir 5.15 petang, saya kayuh lagi kereta balik ke rumah. Sesampai aje di rumah sudah menunggu jiran tepi rumah ajak makan. Huh! merungut hati saya. Apa boleh, jauh pergi dan makan, dekat ni tak kan tak boleh. So saya pergi lagi dan makan lagi.... terima kasih semua. Kalian semua jemput saya kerana kita ada satu ikatan unik yang tak ternampak dek mata. Ikatan itulah saya pertahan....

Apapun ada lagi jemputan yang saya tak mampu tunai. Satunya, di Depan Sekolah Maahad Muhammadi, Abe Him... maafkan saya...saya dah tak mampu! Keduanya rumah anak murid di Kemahang, Majlis Perkahwinan Nor Zaina bt Mamat(Mat Jelo). Adik Syikin, Adik Mohd Kamarul Bahrin, Adik NoorMaria...juga maafkan saya. Saya manusia yang lemah...tak termampu nak pergi semua. Maafkan saya!
Letihnya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan