Islamic Widget

Sabtu, 28 Julai 2012

Sebulan tanpa internet.....

Pada 24/6/2012, talian streamyx putus. Punca, ada manusia moden yang curi kabel. Makin moden, makin suka curi-curi....ni pun negeri serambi Mekah. Kalau bukan serambi Mekah tak tahu la. Tapi Alhamdulillah aku ni duduk di negeri serambi Mekah. Sedih jugak tanpa internet. Tapi ayah aku dulu tak ada internet pun...hidup bahagia juga. Mampu membesarkan aku juga. Tapi teknologi kita tak boleh tolak, nanti tak maju pulak. Aduh....kes tak nak ketinggalan ni juga barangkali ORE tu curi kabel sebab nak tanggung banyak bil-bil teknologi....

25/6/2012, aku buat laporan kerosakan pada nombor penting 100. Siap lapor dia bagi no repot....alhamdulillah. Hari berikutnya aku terus buat panggilan 100 tu, tanya khabar bila nak boleh belayar balik. Aku tak takut biarpun ombak dan gelora membadai di lautan internet ni...tapi tak pulih-pulih. Esoknya aku terus beli Galaxy Tab 7.0 plus dan masuk sim card celcom aku yang memang aku dah langgan pakej data internet. Terubat juga kecewa tak dapat login fb. Bolehlah jenguk fb slow-slow. Aduh.....

Tunggu...tunggu....berkali juga aku tengking operator 100 tu, kesian dia(minta maaf ya!). Apa dia boleh buat selain minta maaf encik. Kemana perginya juruteknik telekom? Bila cukup 1 bulan, aku call lagi 100, dia minta aku terus ke pejabat telekom(bahagian kerosakan) di ibu pesawat To'Uban. Aku terus ke sana, tika itu pukul 2 ptg. Peliknya sampai di situ tak ada manusia yang bertugas pun di situ. Hantu pun tak ada, kena penjara kerana bulan puasa! Tiba-tiba sebuah van juruteknik telekom singgah. Aku tanya dan dia royat suruh gi ke Opis Kg Padang To'la...pelik operator 100 suruh sini aku royat. Dia kata operator tu tak tahu apa. Lepas aje...aduh...aku pecut ke Padang To'la...jumpa member Pak Nik incharge situ. Baru selesai!

Itulah perhidmatan swasta yang cepat dan cepat...sebulan lebih aku bayar percuma bil telekom tu...tapi insyaAllah aku nak call bahagian billing minta rebet. Tapi terlalu banyak prosedur....