Islamic Widget

Jumaat, 30 November 2012

Catatan Pagi, bule syura ko loni?

Bismillah.
seperti biasa, pagi ni ambo makan pagi di kedai abah(Pak Mansor Duda). Sesudah subuh terus putarkan LC 135 tinggalan anak ke kedai abah. sampai je, Abe Nor pomen dok hidupkan api di ambang kedai abah. siap tuku, kawah.....? nak buat gapo plk ni....wow nak buat syura pulak doh. rupa2nya. Tak ingat dah ambo bule syura loni...molek juga tu...buat di kedai kopi gitu. anak2 kita seme tau ni bulan syura dan bulan syura.
dunia sekarang makin mencabar. seme orang lorat. tak ko benda2 gini dah. pah tu sek2 generasi baru ni tak tahu gapo doh benda2 gini. lorat sangat dok buat kijo cari pitis. sebenarnya benda2 gini penting sgt2 dihidupkan. adat dan budaya, sunnah2 dan amalan2 agama ni perlu kekal dalam minda budak2 baru ni.

aktiviti gini perlu diaturkan tanpa mengira jurang politik. ni pelik dok ajar kita berpuak2 dengan aliran masing2. apa lagi dok hidupkan budaya katak bawah tempurung tu....sepatutnya kita pakat bukan pecah belah. buat seme benda dengan gotong royong gini seme benda jadai mudah. jadi kuat. x leh fikir ko puak2 hok ceramah situ ceramah sini dengan idea hok x betul tu. bila dok sekali pakat gini, pakat pulak masukkan imam dalam diri budak2 baru tu. gunakan cara bijksana, biar dia x perasan imam tu dah pon masuk dalam jiwa budak2. baru la tak dok citer curi selipar di masjid, curi motor, curi kabel telefon...masalah bila orang tua dok balah kot sir gak...set budak ikut sekali. punah negara. pemimpin plk penting diri sendiri...aduh!

Jumaat, 3 Ogos 2012

TERHAKIS

                                     
 Pengurusan Jenazah? Persoalan dulu dan sekarang. Masa aku kecikl2 dulu, bila ada kematian di kampung-kampung, Pak Imam akan mengumumkan di masjid. Setelah itu orang-orang kampung dan ahli makmum masjid kampung yang mati tu keluar beramai-ramai bergotong royong membantu keluarga tersebut untuk penguburan jenazah. Menggali kubur, memandikan mayat, kapan, menurunkan mayat ke liang lahap dan sebagainya dilakukan secara gotong-royong. Sembahyang mayat sekalipun!
Persoalannya sekarang,
Gali kubur - kena bayar(kalau tak silap ratusan ringgit untuk satu kubur)
Memandikan mayat dan kapan - kena bayar
Sembahyang Jenazah - kena bayar ( duit dan makanan lagi )
Menurun kan jenazah ke kubur - bayar lagi(siap ada barangan seperti kain pelikat lagi)
Talkinkan semati - bayar lagi
Tahlil - Bayar dan sediakan makanan lepas tahlil lagi
Bacaan Quraan 30 juzuk - Upah lagi...
Persoalannya dulu dan sekarang, segalanya perlu modal walaupun sudah mati. Sedang semua itu fardhu kifayah. Kalau yang hidup tak lakukan, semua berdoasa. Jadi dulu semuanya dilakukan kerana tanggungjawab terhadap agama. Tapi sekarang semua itu dilakukan dengan bayaran. Mana lebih ikhlas?
Mana yang menyusahkan keluarga simati? Pelik semua orang bercakap tentang tamaddun. Tapi tamaddun dalam agama semakin terhakis..... Orang cerdik pandai, golongan beragama(bukan sahaja orang koperat) sekarang melakukan semua kewajipan dengan berbayar juga. Mungkin sudah ada syarikat yang menguruskan kewajipan ini. Bagaimana kalau keluarga simati tak berkemampuan? Letih juga berfikir....bila semua dah berubah gini. Kata P.Ramlee dalam filemnya, "hidup susah, Matipun susah" ada betulnya...



Sabtu, 28 Julai 2012

Sebulan tanpa internet.....

Pada 24/6/2012, talian streamyx putus. Punca, ada manusia moden yang curi kabel. Makin moden, makin suka curi-curi....ni pun negeri serambi Mekah. Kalau bukan serambi Mekah tak tahu la. Tapi Alhamdulillah aku ni duduk di negeri serambi Mekah. Sedih jugak tanpa internet. Tapi ayah aku dulu tak ada internet pun...hidup bahagia juga. Mampu membesarkan aku juga. Tapi teknologi kita tak boleh tolak, nanti tak maju pulak. Aduh....kes tak nak ketinggalan ni juga barangkali ORE tu curi kabel sebab nak tanggung banyak bil-bil teknologi....

25/6/2012, aku buat laporan kerosakan pada nombor penting 100. Siap lapor dia bagi no repot....alhamdulillah. Hari berikutnya aku terus buat panggilan 100 tu, tanya khabar bila nak boleh belayar balik. Aku tak takut biarpun ombak dan gelora membadai di lautan internet ni...tapi tak pulih-pulih. Esoknya aku terus beli Galaxy Tab 7.0 plus dan masuk sim card celcom aku yang memang aku dah langgan pakej data internet. Terubat juga kecewa tak dapat login fb. Bolehlah jenguk fb slow-slow. Aduh.....

Tunggu...tunggu....berkali juga aku tengking operator 100 tu, kesian dia(minta maaf ya!). Apa dia boleh buat selain minta maaf encik. Kemana perginya juruteknik telekom? Bila cukup 1 bulan, aku call lagi 100, dia minta aku terus ke pejabat telekom(bahagian kerosakan) di ibu pesawat To'Uban. Aku terus ke sana, tika itu pukul 2 ptg. Peliknya sampai di situ tak ada manusia yang bertugas pun di situ. Hantu pun tak ada, kena penjara kerana bulan puasa! Tiba-tiba sebuah van juruteknik telekom singgah. Aku tanya dan dia royat suruh gi ke Opis Kg Padang To'la...pelik operator 100 suruh sini aku royat. Dia kata operator tu tak tahu apa. Lepas aje...aduh...aku pecut ke Padang To'la...jumpa member Pak Nik incharge situ. Baru selesai!

Itulah perhidmatan swasta yang cepat dan cepat...sebulan lebih aku bayar percuma bil telekom tu...tapi insyaAllah aku nak call bahagian billing minta rebet. Tapi terlalu banyak prosedur....